source: http://9gag.com
Thursday, May 19, 2011
Saturday, May 7, 2011
Wednesday, April 27, 2011
Golongan Manusia
Terbaca lagi satu artikel, kali ni pasal "Golongan dan Tingkatan Manusia mengikut Al-Quran" di blog panduanpercuma.info. Jadi nak kongsilah pengisian yang ada dalam artikel ini.
Jika dirujuk pada surah Al-fathir ayat 32, Allah berfirman :
“Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar”.
Dalam ayat ini Allah membahagi golongan dan tingkatan seorang hamba itu kepada 3:
1.Golongan yang menganiaya diri mereka sendiri
Menganiaya diri mereka sendiri adalah seorang hamba yang bermaksiat kepada Tuhannya, meninggalkan apa yang Allah perintahkan atau mengerjakan apa yang dilarang Allah swt. Hamba ini sangat sedikit sekali untuk mencapai kebaikan untuk akhiratnya, Manusia ini adalah seorang muslim tetapi dia tidak meningkatkan amal solehnya bahkan amal keburukannnya lebih berat dari pada amal kebaikannya. Allah mengatakan dalam firmannya:
“Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, Maka Itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami”. (Al-`araf, ayat 9)
Manusia dalam tingkatan ini pula terbahagi kepada 3 kategori:
1.zalim terhadap diri mereka sendiri dengan mengikuti syahwatnya dan tidak ta`at kepada Allah
2. zalim terhadap saudaranya yang lain dan tidak memberikan hak-hak mereka
3. zalim kepada Tuhannya dengan sedikit sekali beribadah kepadaNYA
Semua golongan ini akan masuk syurga pada akhirnya kerana mereka hanya bermaksiat kepada Allah dan bertauhid kepada Allah. Meskipun itu, mereka akan terlebih dahulu dilemparkan ke dalam neraka untuk membersihkan kotoran-kotoran yang melekat dalam diri mereka, kemudian baru dimasukan ke dalam syurga Allah. Wallahu`alam.
Adapun apabila mereka zalim terhadap diri mereka sendiri dan kepada Allah dengan sedikit beribadah kepadanya, Allah akan mengampuni mereka apabila mereka bertaubat kepada Allah. Sedangkan zalim terhadap sesama saudaranya dan tidak memberikan hak-hak mereka, tidak cukup bertaubat kepada Allah saja akan tetapi hendaklah hamba ini meminta keredhaan dan meminta maaf kepada saudara yang dia sakiti. Apabila hal ini tidak dia lakukan maka kebaikan nya pada hari kiamat akan berpindah kepada saudara yang dia sakiti atau kepada saudara yang dia ambil hak-hak mereka.
2. Golongan Pertengahan (kebaikan dan keburukannya sama)
Golongan atau tingkat pertengahan ialah orang-orang yang kebaikannya adalah sama berbanding dengan kesalahannya. Manusia golongan ini termasuk golongan yang baik. Allah mengatakan dalam firmannya:
“Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira”.
3. Golongan berlumba-lumba dalam kebaikan
Manusia golongan ini adalah mereka yang mendekatkan diri kepada Allah baik mengerjakan yang fardhuNya dan sunnahNya,meninggalkan apa yang diharamkan dan dilarang oleh Allah, dan hal-hal yang dimakruhkan oleh Allah. Mereka juga banyak dalam beramal soleh, mereka mendengarkan firman-firman Allah dan mengikuti kebaikan yang ada di dalamnya. Mereka mengetahui Allah dengan hati mereka dan mengisi hati mereka dengan kecintaan kepada Allah dan terus-terus berzikir kepada Allah, dan melupakan apa yang selain Allah, Allah mengatakan dalam firmannya:
“Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezki serta jannah kenikmatan”.(Al-waqi`ah, ayat 89).
Manusia golongan ini disebut juga dengan golongan Muqarrabin (Mereka menghidupkan sunnah Rasulullah) Rasulullah bersabda:
”Barang siapa yang menghidupkan sunnahku sugguh telah menghidupkan aku dan barang siapa yang menghidupkan aku sugguh dia bersamaku didalam surga”. (HR.Muslim).
WallahuA’lam.
Agak2nya... kita di golongan mana???
-muhasabah diri-
-muhasabah diri-
Bad time management
Frust dengan diri sendiri,
kurang disiplin,
*tadi plan nak buat sistem, last2 pergi tidur pulak (dari pukul 11++ - 5.50)
Frankly speaking aku tak sedar2 lagi === viva dah semakin dekat,
and ape progress sistem aku ===== 0% , jap kalau ada pun maybe 0.01%,
sudahlah, malas nak berblog + blogwalk + tweet *sume2 bende lagha~~~
i have to sacrifice those in order to finish my TESIS....

Tuesday, April 26, 2011
Mendapat Doa Malaikat
Pagi ini, ada terbaca artikel pasal "11 jenis manusia yang didoakan Malaikat" karangan Tokjogho di sebuah blog yang diberi nama panduanpercuma.info
Sebagai ringkasan, nak kongsi main point artikel berkenaan.
Antara orang yang mendapat doa malaikat adalah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Semoga beroleh manfaat bersama :)
Tuesday, April 19, 2011
Memberi dan Menerima :)
Terbaca satu article,
bertajuk :
"Bersedia Untuk Memberi Dan Menerima Pertolongan"
oleh Shahabudeen Jalil (di iluvislam)
Artikel yang menarik,
ada pengisian yang boleh dikongsi bersama...
antaranya:-
bertajuk :
"Bersedia Untuk Memberi Dan Menerima Pertolongan"
oleh Shahabudeen Jalil (di iluvislam)
Artikel yang menarik,
ada pengisian yang boleh dikongsi bersama...
antaranya:-
1-Di dalam dunia ini, tidak ada seorang manusia pun yang diciptakan Tuhan yang tidak memerlukan orang lain.
2-Namun apabila kita membesar kita mula untuk berubah dan berfikir bahawa kita sepatutnya 'berdikari' dan tidak bergantung harap kepada orang. Ini betul, tetapi ada hadnya.
3-"Beri pertolongan jika kita boleh dan jangan segan untuk terima pertolongan jika ia dapat meningkatkan nilai dalam hidup kita."
4-beri pertolongan selagi kita boleh beri pertolongan. Tak semua pertolongan akan mengurangkan apa yang kita ada.
5-Manusia mendapat lebih kebahagiaan dengan memberi berbanding menerima.
6-Lebih banyak kita dapat menolong orang lain dan menerima pertolongan orang lain, adalah lebih baik. Jangan belajar menolak apa yang diberi orang lain. Terima pemberian ini dengan terbuka hati.
7-Anda mungkin akan menolak peluang yang besar yang menanti anda jika anda menolak kebaikan yang datang kepada anda.
8-Ramai manusia memotong talian rezeki apabila tidak berterima kasih kepada manusia dan tidak bersyukur kepada Tuhan.

harap boleh dijadikan ikhtibar bersama :)
untuk artikel penuh, sila layari:
http://www.iluvislam.com/bisnes/tips-perniagaan/2123-bersedia-untuk-memberi-dan-menerima-pertolongan.html
http://www.iluvislam.com/bisnes/tips-perniagaan/2123-bersedia-untuk-memberi-dan-menerima-pertolongan.html
Monday, April 18, 2011
Friday, April 1, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Rahsia personaliti darah B
Juz nak kongsi stu gambar kt FB,
ntah bila aku ditag,
*xprasan
dan yg peliknye,
mcm mane dorang tau jenis darah aku (-_-)?
aku mmg berdarah B
*based on result experiment kt matrik dlu..
ntah bila aku ditag,
*xprasan
dan yg peliknye,
mcm mane dorang tau jenis darah aku (-_-)?
aku mmg berdarah B
*based on result experiment kt matrik dlu..
Saturday, March 26, 2011
Ujub dan Riak zaman moden
Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud hairan akan diri sendiri (TERPESONA DENGAN KEBAIKAN DIRI). Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riyak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri).
Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia. Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekah lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".
Perkembangan teknologi di zaman moden ini berkembang dengan pesat. Perasaan ujub ini juga mengalir mengikut aliran arus semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan teknologi. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub zaman moden...
1. Blog dan Followers
Rasa diri kita hebat apabila ramai followers. Ribuan atau ratusan followers menyebabkan kita rasa diri kita hebat. Tak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya followers. Tapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan followers atau seronok kerana melihat JUMLAH yang banyak???
2. Like di Facebook
Post status kat wall. Lepas tu ramai pula yang 'like'. Bila dah ramai yang like, mulalah rasa diri tu hebat dan rasa syok sekejap. Awas! Tak salah nak rasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa hairan akan diri sendiri
3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa ujub apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada post kita di facebook. Bila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.
4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tak kurang juga yang puji. Bila dah banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan syok pada pujian tu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.
6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa ujub. Ramai rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan. Apa lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!
7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil, kerana tidak merapu, sedangkan yang lain banyak yang merapu. Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berasa hairan akan diri sendiri. Awas, wahai da'ie!
Jadi, awaslah!
Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Amin Ya Rabb.
dicopy dari blog marul-nashirassunnah
Wednesday, March 16, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Handling radiation from nuclear reactor explosion
So recently, we've been shocked by the 9.0 earth-quake following with huge tsunami (about 8 meters high) in Japan, and just now i heard that, there are rumors about some nuclear reactors have been exploded spreading massive amount of radioactive material in the air. Countries near-by including Malaysia have been warned to stay calm with the situation and take protective measures due to this circumstances. We are talking about some serious business here, between Life and Death... so i do hope, friends out there take this problem seriously and aware of the consequence that might occur.
video : Tsunami hits Japan
Radiation is a form of energy. It travels as rays, waves or energetic particles through air, water or solid materials.
Radioactive materials are composed of atoms that are unstable. As unstable atoms become stable, they release excess energy (called "radiation") through a process called radioactive decay or radioactivity. The time required for a radioactive substance to lose 50 percent of its activity by decay is called its half-life. (teringat tyme blajar fizik form 5 dlu, cikgu Surian)
The most common types of radiation emissions:
Alpha particles can be shielded by a sheet of paper or by human skin. But if materials that emit alpha particles are inhaled, ingested or enter your body through a cut in your skin, they can be very harmful.
Beta particles cannot be stopped by a sheet of paper. Some beta particles can be stopped by human skin, but some need a thicker shield (like wood) to stop them. Just like alpha particles, beta particles can also cause serious damage to your health if they are inhaled or swallowed. For example, some materials that emit beta particles might be absorbed into your bones and cause damage if ingested.
Gamma rays are the most penetrating of these three types of radiation. Gamma rays will penetrate paper, skin, wood, and other substances. Like alpha and beta particles, they are also harmful if inhaled, ingested or absorbed. To protect yourself from gamma rays, you need a shield at least as thick as a concrete wall. This type of radiation causes severe damage to your internal organs. (X-rays fall into this category, but they are less penetrating than gamma rays.)
Take the following action to reduce the effect:
Sheltering
Staying inside, with doors and windows closed, provides short-term protection from breathing in radioactive material in the air. It also gives protection from direct radiation from radioactive material in the air and on the ground.
Evacuation
Evacuation avoids relatively high, short-term exposure, by removing people from the affected area. As with other island communities, evacuation is unlikely to be an option for Jersey in these circumstances.
Stable iodine
Iodine collects in the thyroid gland. If it is appropriate taking stable (non-radioactive) iodine tablets prevents this happening with radioactive iodine released in reactor accidents. Taking stable iodine is combined with sheltering or evacuation.
Food
Radioactive material deposited on soil or grass, finds its way into food through crops and animals. It might be necessary to ban milk or other foods containing too much radioactive material.
Detection and monitoring
Radioactive material in an area can be measured in various ways, and there are a number of organisations and people with the specialist knowledge, skills and equipment to monitor these measurements.

source:
http://www.kingcounty.gov/healthservices/health/preparedness/radiation/facts.aspx
http://www.gov.je/StayingSafe/EmergencyPlanning/Pages/Radiation.aspx
pdf:
http://www.kingcounty.gov/healthservices/health/preparedness/radiation/%7e/media/health/publichealth/documents/radiation/facts.ashx

Friday, March 11, 2011
Tsunami hits Japan
a huge 8.9 earthquake have hit east coast of japan at 2:43 pm (tokyo time) causing a 13 foot of tsunami. a tsunami warning for some countries including then entire pacific coast of japan, hawaii, russia,phillipines & indonesia.
MasyaAllah... #prayforjapan
MasyaAllah... #prayforjapan
Wednesday, March 9, 2011
Program Pentaulihan Profesional 3P
bru terbace email Dr Zul,
pasal program 3p,
pasal program 3p,
hajat nak cube attend,
tp programnya start may,
*risau tesis xlepas je...
ape2 pon,
next week mesti g dgr briefing dia
tp programnya start may,
*risau tesis xlepas je...
ape2 pon,
next week mesti g dgr briefing dia
Thursday, March 3, 2011
PIKOM PC Fair 2011
Schedule 1
http://www.eventogo.com/feature-events/malaysia/pc-fair.php
Schedule 2
(more convincing ~ from official site)
(more convincing ~ from official site)
http://pikom.org.my/cms/General.asp?whichfile=PC+Fair+InfoCentre&ProductID=22461&CatID=12
Saturday, February 26, 2011
Make someone happy :)
# Smile at them. Learn how to have a real smile, and care about people.
# Tell them a funny joke. Inside jokes work really well, especially if it is something only between the two of you. Learn how to make them laugh.
# Find something funny online that you know they'll like and send it to them in an email.
# Compliment them sincerely. Tell them something you love about them.
# Invite them to do something fun with you. Go bowling, swimming, or something else fun and active.
# Pick a dandelion or blade of grass and give it to them. Say things such as, “I got this especially for you!”
# Listen to them. Try to understand their thoughts and be in their shoes. This shows you care and love them, whether they may appreciate it or not. Be there. They will come to realize what a friend you've been.
# Try not to insult them with some of your 'compliments'. That could lead to more sadness.
# Hug the person. If you have an open relationship with someone, a warm and affectionate hug can lift the spirits and bring a sense of joy and community.
# Give a gift. Take the time out to pick out a special gift that is suitable for the person. The more thought you put into the gift, the better it is from the point of being an expression of positive energy.
# Spend quality time with the person. Plan for an event or simply time together in which you share precious moments on this world in each other's company.
# Constantly remind the person how much you value them, but don't go too overboard. Positive affirmations to others can help build the bridge of friendship and trust. Never use sarcasm though, as sarcasm is the biggest turn-off when it comes to building strong bonds with people.
source : http://www.wikihow.com/Make-Someone-Happy

It's hard to please everybody,
but it worth trying~~~
but it worth trying~~~
Friday, February 25, 2011
The Story of Prophet Muhammad SAW [pt1]
source : click here
for pdf : click here
For more great info, please visit : http://www.owhsomuslim.com/
for pdf : click here
For more great info, please visit : http://www.owhsomuslim.com/
Thursday, February 24, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)