Most people really love to have cat as their pet,
but do they know
*
**
***
behind the so-called "CUTENESS" & "spoiltness"
*aduiii...fail BI aku (-_-)'
lies many 'quiet' diseases
that we didnt even aware of...
*this post will focussing on one particular cat disease ;
TOXOPLASMOSIS
*
**
***
but before that,
here some snapshots of my beloved cats
starring....Musang, Jora, Kakak, Hit@m, Puteh, Kecik (rest in piece)
Some videos (for back-up)
******************************************
Kucing iaitu sejenis mamalia berbulu yang comel, manja, dan suka tinggal bersama manusia amat disayangi oleh ramai orang terutamanya kanak-kanak dan wanita. Bahkan sesiapa yang didekati oleh seseekor kucing membawa petanda bahawa individu tersebut adalah seorang yang penyayang. Walaupun kucing adalah sejenis haiwan yang selamat dijadikan kawan, namun kucing kadang-kadang berbahaya kepada manusia. Ini adalah kerana kucing adalah satu-satunya perumah definit yang mampu membiakkan parasit Toxoplasma gondii secara seksual dan aseksual berbanding perumah lain yang hanya mampu membiakkan parasit ini secara aseksual sahaja.ToxoplasmosisToxoplasmosis merupakan sejenis peyakit yang ringan pada kebiasaannya dan boleh dikawal oleh sistem imuniti tubuh. Namun, ia menjadi serius dan boleh membawa maut apabila ia mejangkiti bayi dalam kandungan dan individu yang mempunyai ketahanan badan melawan penyakit yang rendah seperti penghidap AIDS. Penyakit yang dibawa oleh parasit protozoa Toxoplasma gondi ini semakin merebak selari dengan peningkatan kadar pengeksportan makanan antarabangsa.Toxoplasma gondiiToxoplasma gondii adalah parasit protozoa yang bertanggungjawab menyebabkan penyakit Toxoplasmosis ini. Ia boleh hidup di dalam semua haiwan berdarah panas termasuk manusia, tetapi satu-satunya perumah definit bagi parasit filum Apikompleksa ini adalah kucing.Kitar hidup parasit ini mempunyai dua fasa. Fasa seksual dalam kitar hidupnya hanya berlaku dalam badan haiwan dari famili Felidae iaitu kucing. Manakala fasa aseksual pula boleh berlaku di dalam mana-mana haiwan berdarah panas seperti mamalia dan burung.Parasit ini amat bijak dan licik. Ia menjelma dalam 3 bentuk iaitu bentuk trofozoit yang beredar dalam darah, bentuk oosista yang dikeluarkan dalam najis kucing dan bentuk sista yang menetap di dalam tisu badan manusia seperti peparu, jantung, otot dan otak.Semasa peringkat aseksual, parasit ini menyerang sel dan membentuk vakuol yang mengandungi bradizoit iaitu fasa pertumbuhan perlahan pada pararasit ini. Vakuol ini akan membentuk sista terutamanya di dalam sel otot dan otak perumah. Oleh sebab mereka membungkus diri di dalam sel perumah, maka sistem imun perumah tidak dapat mengecam sista ini. Ia rentan terhadap antibiotik, maka sukar untuk menghapuskannya secara keseluruhan.Di dalam vakuol ini, Toxoplasma gondii mengganda secara belahan dedua sehinggga akhirnya vakuol pecah dan megeluarkan beribu-ribu trakizoit. Trakizoit adalah peringkat aseksual dan ia boleh bergerak. Berbeza dengan bradizoit, trakizoit bebas ini boleh dihapuskan oleh sistem imun badan perumah. Parasit berbentuk seperti batang melengkung dengan saiz lebih kecil daripada sel darah merah (3-6mm) ini bergerak dengan gerakan aktinomisin.Bagaimana Toxoplasmosis menjangkiti manusiaKucing boleh dijangkiti oleh parasit ini apabila ia memakan daging ikan, burung, amfibia ataupun reptilia mentah yang terinfeksi. Atau mungkin juga kucing ini tersentuh najis kucing lain yang terkontaminasi. Sista T.gondii yang ditelan oleh kucing secara tidak sengaja ini akan mendiami tubuhnya. Sista ini akan melepasi perut kucing dan melekat pada sel epithelial usus kecilnya. Di sini, parasit ini akan menjalani kitar hidup aseksual dan membentuk oosista. Oosista akan dikeluarkan melalui najis kucing. Kucing yang menderita penyakit ini akan mengeluarkan beribu-ribu oosista yang kemungkinan akan terambil oleh haiwan atau manusia lain lalu menjangkitkan mereka penyakit Toxoplasmosis.Manusia dijangkiti penyakit ini akibat tertelan oosista lantaran tidak membasuh tangan semasa menyediakan makanan atau memakan daging ayam, kambing atau lembu terinfeksi yang tidak dimasak dengan baik. Ini sebab, kemungkinan haiwan tersebut tertelan oosista di ladang ternak dan ia mendiami sel otot haiwan-haiwan berkenaan dalam bentuk sista. Parasit ini akan memasuki makrofaj di dalam salur penghadaman manusia dan ia disebarkan melalui saluran darah ke seluruh tubuh mangsa.Transmisi juga berlaku akibat kontaminasi alatan memasak seperti pisau, alas pemotong ataupun melalui sentuhan pada daging yang tercemar dengan oosista. Terminum air yang mengandungi oosista, termakan najis kucing, membasuh najis kucing, atau tersentuh barangan yang terkena najis kucing yang terkontaminasi juga memungkinkan individu menjadi mangsa.Gejala penyakitJangkitan Toxoplasmosis ini tidak menunjukkan simtom yang jelas kecuali seolah-olah mendapat selesema. Pesakit tidak menyedari mereka menghidap penyakit ini kerana peringkat akut ini berlaku selama beberapa hari sehingga beberapa bulan. Namun tanpa sedar pesakit biasanya mengalami kerosakan pada mata. Sekiranya ia menjangkiti pesakit yang mempunyai imuniti rendah seperti pengidap AIDS, Toxoplasmosis boleh berkembang dan membahayakan pesakit.Kesan teruk yang biasa diperhatikan akibat penyakit ini adalah ensefalitis yang boleh membawa maut. Jikalau Toxoplasmosis menjangkiti ibu mengandung semasa peringkat awal kehamilan, besar kemungkinan parasit ini akan melintasi plasenta lalu menyebabkan hidrosefalus pada bayi, pengkalsifikasi intrakranial dan korioretinitis dan boleh menyebabkan keguguran spontan bayi. Ada juga pesakit manunjukkan kesan anemia, trombositopenia dan jaundice di awal kelahiran. Kes mikrosefali (kepala mengecil) juga didapati. Penghidap Toxoplasmosis yang berjaya hidup mungkin mengalami kecacatan mental, masalah peglihatan, spastic dan gangguan saraf.Kebanyakan penghidap menunjukkan simtom yang berbeza-beza menyebabkan penyakit in sukar dikesan dan dirawat. Kebanyakan pesakit yang dijangkiti tidak berasa cemas menghidapnya. Sesetengahnya merasakan seolah-olah mereka hanya mengalami selesema biasa dengan pembengkakan kelenjar nimfa. Toxoplasmosis teruk boleh menyebabkan kerosakan otak, mata dan organ-organ lain.Rawatan dan pencegahanKita hendaklah sentiasa berkeadaan bersih. Kebersihan itu, selain daripada tanda keimanan, juga merupakan tapak pencegahan kepada pelbagai jenis penyakit. Tangan hendaklah dibasuh dengan sabun terutamanya selepas bermain dengan kucing, melakukan aktiviti outdoor, sebelum menyediakan makanan dan selepas memasak makanan berdaging. Membasuh tangan sebelum makan itu sunnah nabi yang harus diikuti malah ia merupakan satu undang-undang halus yang terpenting di dalam bidang perubatan. Peralatan memasak juga harus dibasuh dengan baik selepas digunakan.Daging harus dimasak dengan sempurna sehingga tiada warna pink yang kelihatan di tengah atau sehingga cecair daging menjadi tidak berwarna.Jangan mencuba daging yang belum betul-betul masak.Kita juga disarankan supaya menggunakan sarung tangan semasa berkebun. Kucing biasanya membuang najisnya ke dalam tanah dan dikambus.kucing yang terinfeksi akan mengeluarkan beribu-ribu oosisa di dalam najisnya ke dalam tanah. Oosista T.gondii boleh hidup di dalam tanah tanpa kehadiran cahaya matahari selama berbulan-bulan dan apabila memasuki badan manusia ia menjadi kembali aktif dan infektif.Tanpa sedar, kucing berupaya membawa penyakit kepada manusia. Maka kita perlu sentiasa berhati-hati dalam melakukan aktiviti seharian kita.Sebanyak 225,000 kes Toxoplasmosis dilaporkan setiap tahun dengan 5000 kes hospital dan 750 kes melibatkan kemtian, mejadikan Toxoplasmosis penyakit yang ketiga menyebabkan kematian di United States.******************************************************
What is toxoplasmosis?Toxoplasmosis is a disease caused by a single-celled parasite called Toxoplasma gondii (T. gondii).Can toxoplasmosis be treated?Most cats that have toxoplasmosis can recover with treatment. Treatment usually involves a course of an antibiotic called Clindamycin.What is the treatment for toxoplasmosis?Once the diagnosis of toxoplasmosis is confirmed, you and your doctor should discuss whether treatment is necessary. In an otherwise healthy person who is not pregnant, treatment is not needed.What causes toxoplasmosis?Cats, both wild and domestic, are the only definitive hosts for Toxoplasma gondii. This means that the parasite can only produce oocysts (eggs) when infecting a cat. When a cat ingests an infected prey (or other infected raw meat) the parasite is released into the cat's digestive tract. The organisms then multiply in the wall of the small intestine and produce oocysts and eventually affect then hostsOnce infected with toxo, is my cat always able to spread the infection to me?No, cats can only spread toxo in their feces for a few weeks after they are first infected with the parasite. Like humans, cats rarely have symptoms when first infected, so most people don't know if their cat has been exposed to toxo. In fact, most infected cats appear healthy. There are no good tests available to determine if your cat is passing toxo in its feces.Summary * Toxoplasmosis (toxo) is a disease caused by a parasite. * Toxo is acquired from contact with cats and their feces. * Toxo is also acquired from eating or touching raw or partly cooked meat. * Symptoms can range from none to very severe. * A woman who contracts toxo right before or during pregnancy can transmit it to her baby with catastrophic consequences. * People with immune deficiencies are at high risk for developing severe signs and symptoms of toxo
What should you do.... * Do not eat raw or undercooked meat. Meat should be cooked to a temperature of at least 160°F for 20 minutes. * Do not drink unpasteurized milk. * Do not eat unwashed fruits and vegetables. * Wash hands and food preparation surfaces with warm soapy water after handling raw meat. * Wear gloves when gardening. Wash hands after gardening. * Wash hands before eating (especially for children). * Keep children's sandboxes covered. * Do not drink water from the environment unless it is boiled. * Do not feed raw meat or undercooked meat to cats. Also, do not give them unpasteurized milk. * Do not allow cats to hunt or roam. * Do not allow cats to use a garden or children's play area as their litter box. * Remove feces from the litter box daily and clean with boiling or scalding water. * Pregnant women, and persons with suppressed immune systems, should not clean the litter box. * Control rodent populations and other potential intermediate hosts.For PDF brosure (about Toxoplasmosis), click
hereFor more info, log on to ;-http://diahnurlaili.wordpress.com/penyakit-kucing/ http://somehoney.multiply.com/journal/item/33/Toxoplasmosis_Penyakit_Senyap_Bawaan_Kucing http://www.vet.cornell.edu/fhc/brochures/toxo.html http://en.wikipedia.org/wiki/Toxoplasmosis http://en.wikipedia.org/wiki/File:Toxoplasma_gondii_Life_cycle_PHIL_3421_lores.jpg http://www.medicinenet.com/toxoplasmosis/page3.htm http://www.dnaberita.com/26%20JULI---TOXOPLASMA.php http://www.vet.cornell.edu/fhc/brochures/pdf/toxo.pdf