Thursday, November 4, 2010

Health tips : Ulser Mulut

Post ini diilhamkan oleh rakan se-intern sy,Sherry..
Katanye lately slalu sakit Ulser mulut...
*ntah ape sbbnyer...hmmm...

Anda2 diluar sana pun,
mungkin ada yg pernah mengalaminya,
so...sila baca ye...:)


A lil' bit bOut ----> Ulser Mulut / Mouth Ulcer



Punca2
* Kecederaan pada dinding mulut - tergigit, makanan tajam ,panas, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
* tahap immuniti yang rendah
* jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
* jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
* jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
* stress
* penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
* kekurangan vitamin C & B12
* penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid
* kanser oral
* kitaran haid
* alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
* pengambilan steroid
* dehidrasi yang keterlaluan


Rawatan & pencegahan


1. Pengambilan analgesik - parasetamol - kurang sakit
2. Bonjela-sejenis gel -kurang sakit
3. Debacterol-membunuh bakteria di kawasan ulser.
4. Rawatan tradisional seperti meletakan uncang teh / garam di kawasan ulser
5. Ambil vitamin dan asid folik. Vit A & D - kesihatan lapisan mulut. Vit C - Imun
6. Guna bahan kumuh yang antiseptik.
7. Elakkan makanan terlalu panas.
8. Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
9. Makan makanan seperti yogurt dan probiotic
10. Minum air dengan banyak

Untuk artikel penuh...klik di -----sana----->
sini ;)


No comments: